Kisah Kami

At Magnolia Milk, we believe in simplicity.

We use pure, wholesome nature ingredients to create flavourful our-story that nourish your body and soul.

Join us on a journey through our story, where each drop reflects our passion and commitment to quality.

timeline-mobile

Kisah Kami

At Magnolia Milk, we believe in simplicity.

We use pure, wholesome nature ingredients to create flavourful our-story that nourish your body and soul.

Join us on a journey through our story, where each drop reflects our passion and commitment to quality.

timeline-mobile

MAGNOLIA DILAHIRKAN

Kisah Magnolia bermula pada tahun 1937 apabila ditubuhkan oleh Fred Heron. Walaupun bermula secara kecil-kecilan, Magnolia berkembang menjadi jenama kesihatan dan kesejahteraan berasaskan tenusu yang telah memberikan manfaat kepada berbilang generasi, menjadikannya salah satu jenama paling ikonik di rantau ini.

MAGNOLIA IS BORN-imgmilk-layer-mobile-img

KELAHIRAN SINGAPORE DAIRY FARM

Terletak di Bukit Timah (Chestnut Drive), Singapore Dairy Farm menjadi asas kepada industri pemprosesan susu moden. Kawasan seluas 180 ekar itu akhirnya dipenuhi lebih 800 ekor lembu yang diimport khas dari negara beriklim sederhana.

SINGAPORE DAIRY FARM IS SET-imgmilk-layer-mobile-img

PEK PIRAMID MAGNOLIA YANG IKONIK

Pada penghujung tahun 50-an, pembungkusan Tetra Pak Magnolia yang berbentuk piramid telah menjadi ikon yang bertepatan dengan slogannya yang bermaksud, “Kualiti tertinggi untuk seisi keluarga”. Pek ini mengandungi susu homogen dan dipasteurkan yang tersedia dalam 2 perisa: asli dan berkrim.

BIRTH OF AN ICON-imgmilk-layer-mobile-img

PELUASAN RANGKAIAN PRODUK MAGNOLIA

Pada tahun 1964, Magnolia diberikan status perintis oleh kerajaan Singapura untuk menghasilkan susu steril. Susu botol dan susu pekat manis turut diperkenalkan ke dalam portfolio Magnolia.

Tahun 1969 menyaksikan pembukaan kilang pembuatan mentega di kompleks Magnolia Dairies, Bukit Timah, iaitu yang pertama seumpamanya di Singapura. Semasa tempoh ini, Magnolia Mentega Tenusu Tulen turut diperkenalkan. Produk Magnolia menjadi produk pertama di Singapura yang dianugerahkan sijil kualiti daripada SPRING Singapore.

The growth of Magnolia’s drink range-imgmilk-layer-mobile-img

KEJAYAAN BESAR

Magnolia memenangi anugerah utama untuk pembungkusan karton Tetra Pak dalam pertandingan Anugerah Pembungkusan Singapura oleh Persatuan Pengilang Singapura.

A BIG WIN-imgmilk-layer-mobile-img

PELANCARAN SUPER M

Pada pertengahan tahun 90-an, Super M susu probiotik lemak rendah dan Magnovite susu kurang lemak diperkenalkan. Selain kurang lemak, Magnovite turut diperkaya dengan kalsium dan merupakan pendahulu kepada Susu Lemak Rendah Kalsium Tinggi Magnolia.

LAUNCH OF THE SUPER M-imgmilk-layer-mobile-img

WAJAH BAHARU DAN PENAMBAHBAIKAN MAGNOLIA

Sepanjang tahun 90-an, Magnolia giat berusaha untuk menambah baik pembungkusan susunya. Ini membawa kepada pengenalan teknologi penutup skru kedap udara yang mengekalkan kesegaran susu dengan lebih lama. Logo Magnolia turut diperbaharui dalam tempoh ini.

A NEW & IMPROVED
						MAGNOLIA-imgmilk-layer-mobile-img

MELINDUNGI HUTAN DUNIA

Sebagai usaha untuk memelihara alam sekitar, Magnolia menukar pembungkusannya kepada karton yang diperakui Majlis Pengawasan Hutan (FSC) pada 2015. Karton FSC berasal dari hutan yang diurus secara bertanggungjawab dan sumber terkawal lain yang melibatkan pokok baharu ditanam atau tumbuh semula secara semula jadi untuk menggantikan pokok yang ditebang.

PROTECTING
				THE WORLD’S FORESTS-imgmilk-layer-mobile-img

IDENTITI VISUAL JENAMA BAHARU

Magnolia memperbaharui identiti visual jenamanya pada 2019.

NEW BRAND
						VISUAL IDENTITY-imgmilk-layer-mobile-img

PENYERTAAN MAGNOLIA DALAM KESIHATAN & KESEJAHTERAAN

Meneruskan inovasinya sepanjang tahun 2020-an, Magnolia memperluas portfolio produknya dalam kategori Kesihatan & Kesejahteraan dengan memperkenalkan susu diperkuat.

Bagi menyokong kesihatan minda, Magnolia Gingko mengandungi 5,400 mikrogram ekstrak daun gingko dan 35% lebih tinggi Vitamin B12 yang menyihatkan tubuh dan meningkatkan daya ingatan. Magnolia turut bekerjasama dengan Institut Sukan Singapura untuk melancarkan Magnolia Susu Protein Tinggi. Pengambilan dua botol susu ini sehari sudah cukup untuk memenuhi keperluan pemakanan yang disyorkan.

MAGNOLIA’S FORAY INTO
					HEALTH & WELLNESS-imgmilk-layer-mobile-img